Saturday, 10 December 2011

Awek Zaman Sekarang,,,

Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat ‘awek’. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, ‘confirm’ dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat ‘awek muslimah’. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang ealit alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah ‘confirm’ dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ eality tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita ‘alim’?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta ‘cintun’ menganggap bahawa ‘couple’ itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

by: Abang Long Surau,,,<3

Friday, 9 December 2011

kau,,,aku,,,pemimpin

Setiap dari kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga, jiran, memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawab tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul.
Berikut beberapa ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai perkongsian.
01.Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.
Terapkan cinta, minat dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli. Berikut Rukun 3T dan Prinsip 3K yang boleh diamalkan.
Rukun Usrah 3T : Ta'aruf, Tafahum dan Takaful
a. Ta'aruf- Saling kenal mengenal.
Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi.
b. Tafahum- Saling memahami satu sama lain.
Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli.
c. Takaful- Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah.
Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan.
Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan
a.  Kebersamaan
Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. "Kau + Aku = Kita"
"Kita hendaklah bersama..", "Program kita menghadapi masalah...".. "Syarikat kita perlu mencapai.."
b.  Kesefahaman
Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan.
c.  Kebanggaan
"Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini".
"Aku bangga Kelantan menang piala Malaysia. Aku bangga jadi anak Kelate"
Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.
02.Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan.
Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa.
03.Sikap yang positif dan sokongan moral yang berterusan.
Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya.
04.Nilai-nilai yang baik diterapkan dalam kepimpinan.
Wujudkan nilai bersama yang menjadi pegangan dan amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya ESQ melandaskan 7 nilai utama : Jujur, Tanggungjawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin.
05.Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur.
Pemimpin sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri.
06.Kepimpinan melalui teladan.
Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan.
07.Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal.
08.Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka.
Sekian, semoga bermanfaat.
Wasalam.
"Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others."- Danny and Marie Lena
"You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you."
"Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking, and don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it." ~ Steve Jobs

kaedah komunikasi yang positif

Komunikasi sesama kita merupakan salah satu seni pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati insan yang mendengarnya.Fokus artikel kali ini adalah alternatif-alternatif yang berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan orang lain.
Selalunya apakah antara ayat-ayat yang kita akan gunakan sekiranya kita mahu meminta pertolongan daripada orang lain atau sekiranya kita ingin meminta tolong dia seseorang membuat sesuatu?
Kebanyakan dari kita , tanpa disedari, selalu mengucapkan dialog tanpa kita fikir kesannya terhadap orang lain, kerana cara itu sering menjadi tabiat kita dari hari ke hari.

Contoh ayat suruhan: Saya nak awak selesaikan minit mesyuarat semalam.
Cara Alternatif: Saya nak minta tolong /perlukan pertolongan awak siapkan minit mesyuarat semalam untuk edaran segera.
Di dalam penyataan ini, kita masih menyatakan kita minta dia melakukan sesuatu(dengan nada yang baik dan bersopan) walaubagaimanapun dalam masa yang sama, kita memberitahunya kenapa ia perlu disiapkan atau dilaksanakan. Kebanyakan kita hanya tahu menyuruh orang lain membuat itu dan ini, tapi kita lupa memberitahu mereka kenapa perkara tersebut perlu dilakukan. Ini menyebabkan, orang lain kadang-kadang berada dalam keadaan kabur dan tidak mengerti permintaan kita.
Jika kita sebagai ketua didalam sebuah organisasi,  tidak salah sekiranya kita menggunakan kedua-dua frasa di atas, namun frasa yang kedua lebih menampakkan sikap anggun atau berhemahnya kita dalam meminta tolong seseorang melakukan tugas. Tapa disedari kita dapat mendidik orang bawahan kita melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Akhirnya aura berhemah ini akan berkembang di sekeliling kita.
Dalam situasi kita menunggu email atau surat daripada seseorang. Kita sering bertanya mereka dengan soalan-soalan sepeti ini:
Contoh: Dah hantar ke email ke? / Kenapa tak hantar lagi?
Dalam keadaan begini kita meletakkan kesalahan kepada orang lain. Sekiranya benar mereka sudah menghantar email tetapi ada masalah teknikal, pasti mereka tersinggung dengan pertanyaan mengapa dan kenapa.
Oleh itu, sebagai alternatif kita boleh cuba bertanya begini:
Saya masih belum terima email yang dijanjikan ... ( ayat seterusnya)
Dalam keadaan kedua, kita merujuk kepada masalah kita iaitu dengan memahami dan membuat sangkaan bahawa mungkin dia telah menghantar dan berlakunya masalah teknikal dan bukannya menuduh orang lain walaupun benar dia masih tidak menghantar email itu kepada kita.
Dengan cara ini, sekiranya benar dia sudah menghantar email, dia akan memberi respon yang responsif dan bukannya defensif. Namun, sekiranya dia masih belum menghantar email tersebut, dia akan segera melakukannya kerana dia dengan sendirinya menyedari bahawa kelambatan dia telah menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu.
Ini merupakan cara teguran yang dapat membina personaliti seseorang dengan lebih baik di dalam komunikasi.
Kurangkan bertanya mengapa dan kenapa di dalam komunikasi kecuali kita mahu menghukum seseorang dalam keadaan yang seadilnya, ianya (pernyataan pertama) memang wajar digunakan.
Sentiasa berfikir sekiranya mahu berbicara, dan selalu merujuk ayat itu kepada kita sebelum kita melafazkannya. Dengan berlatih, penguasaan komunikasi akan menjadikan kita lebih berhemah.Usahlah kita sering mencari kesalahan orang lain tetapi gunakanlah pendekatan-pendekatan positif agar dapat memberikan impak yang lebih baik kepada masyarakat.
 "Practice makes perfect".

Wednesday, 7 December 2011

anugerah terbaik subjek..majlis graduasi 2011

ANUGERAH TERBAIK SUBJEK TINGKATAN 3

TERBAIK AKADEMIK: SHAFIKA YULIANA BT KHOIRUL ANWAR (TPNG: 3.86)

BIL
SUBJEK
NAMA PELAJAR
1
B.MELAYU
NUR NABIHAH BINTI MOHAMAT
2
B.INGGERIS
AINUR ZURFIQA BINTI MOHD ZAMBRI
3
P.ISLAM
NURZAIRA BINTI AHMAD ZAMRI
4
SEJARAH
SYED MOHD FARIS BIN SAID ABD WAHAB
5
MATEMATIK
NUR NABIHAH BINTI MOHAMAT
6
GEOGRAFI
NOR AREENA BINTI YA SALLEH @ SALAHUDDIN
7
K.HIDUP
NUR SYAFIQAH AQILLAH BINTI AYOB
8
SAINS TERAS
NIK MOHAMAD MIRZA HILMAN BIN BADROLSHAM
9
S.KOMPUTER
AINUR ZURFIQA BINTI MOHD ZAMBRI
10
B.ARAB
NUR NABIHAH BINTI MOHAMAT
11
P.SENI
BADIHAH BINTI MAT SAUD
12
P.JASMANI
RUZIEYANA BINTI BAHARUDIN
13
P.SIVIK
SHAFIKA YULIANA BINTI KHOIRUL ANWAR


ANUGERAH TERBAIK SUBJEK TINGKATAN 5

TERBAIK AKADEMIK: WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD TPNG (3.95)

BIL
SUBJEK
NAMA PELAJAR
1
B.MELAYU
ERMA HAFIZA BINTI IBRAHIM @ AZIZ
2
B.INGGERIS
MUHAMMAD AMIN ARSHAD BIN MOHD MARZUKI
3
P.ISLAM
NOR AIN BINTI OTHMAN
4
SEJARAH
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
5
MATEMATIK
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
6
MAT.TAMBAHAN
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
7
FIZIK
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
8
KIMIA
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
9
BIOLOGI
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
10
SENIREKA
NURUL IZZATUL HANIN BINTI KAMAL
11
P.SIVIK
FARIHA ANIS BINTI SUHAIMI
12
S.KOMPUTER
MUHAMMAD ARIF FARHAN BIN MAZELAM
13
P.JASMANI
NOR ZALINA BINTI KHALIB



ANUGERAH KHAS MAKTAB

PELAJAR SERBA BOLEH: AMIRA SARIATI BINTI ZAINAL

TINGKATAN 3

KATEGORI
NAMA PELAJAR

TERBAIK AKADEMIK
SHAFIKA YULIANA BINTI KHOIRUL ANWAR
TERBAIK KEPIMPINAN
WAN NUR HANNANI BINTI WAN MAKHTAR
TERBAIK KO-KURIKULUM (L)
ADAM ASLAM BIN MAZLAN
TERBAIK KO-KURIKULUM (P)
NURZAIRA BINTI AHMAD ZAMRI
SAHSIAH TERPUJI (L)
RAJA MUHAMAD SYUWARI BIN RAJA IBRAHIM
SAHSIAH TERPUJI (P)
AINUR ZURFIQA BINTI MOHD ZAMBRI


TINGKATAN 5

KATEGORI
NAMA PELAJAR

TERBAIK AKADEMIK
WAN ENIS FARAHAINI BINTI WAN MOHAMAD
TERBAIK KEPIMPINAN
MUHAMMAD AFIQ IMRAN BIN MOHD AZAM
TERBAIK KO-KURIKULUM (L)
MOHAMMAD SHAHROL NIZAM BIN MOHAMMAD
TERBAIK KO-KURIKULUM (P)
NOR ZALINA BINTI KHALIB
SAHSIAH TERPUJI (L)
AHMAD FAISAL SAFWAN BIN MANAF
SAHSIAH TERPUJI (P)
MAISALSADILA BINTI ISMAIL