Friday 20 April 2012

Saturday 4 February 2012

pelancaran GEMILANG


ASSALAMUALAIKUM
SALAM UKHUWAH
SALAM PERSAHABATAN
SALAM 1 MALAYSIA

PERTAMA SEKALI KAMI UCAPKAN ALHAMDULILLAH SEBAGAI TANDA SYUKUR KEHADRAT YANG MAHA ESA ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KERANA DAPAT KAMI (PELAJAR TINGKATAN 5 & 3) MENJAYAKAN PELANCARAN GEMILANG SPM/PMR.

INILAH BANNER MAJLIS PELANCARAN GEMILANG.
NAMA PERASMI:

EN. AZMI BIN MOHAMAD
PENGARAH PENGANJURAN PELAJARAN MARA

*TERIMA KASIH KEPADA BELIAU DIATAS MENYEMPURNAKAN MAJLIS INI





GIMIK PERASMIAN:

                          
                                                          
   

DILAKONKAN OLEH:
SAUDARA FAISAL FARHAN
SAUDARA KHAIRUL AMMAR
SAUDARI MAFUDAH
SAUDARI AKHMA
SAUDARA FARID
SAUDARA AFIQ ALIAS


ALHAMDULILLAH GIMIK KAMI MENDAPAT PUJIAN WALAUPUN ADA MASALAH TEKNIKAL

*PIHAK KAMI MEMOHON SERIBU KEMAAFAN DIATAS KESILAPAN KAMI.
INSYAALAH KAMI AKAN MENAIKTARAF KUALITI HASIL KERJA KAMI.


( GAMBAR2 BAKAL MENYUSUR)


a l l   r i g h t    s e r v e d -   e x c o   p e r h u b u n g a n   d a n   k o m u n i k a s i

Saturday 21 January 2012

trip to bukit keluang.

assalamualaikum,
salam sejahtera
&
salam 1Malaysia.

kami hri ni hanya nak berkongsi mengenai ap yang telah kami buat untuk pelajar pada tahun ini.
inilah serba sedikit gambar yang kami akan tunjukkan..



a l l     r i g h t   s e r v e d -   e x c o   p e r h u b u n g a n   d a n   k o m u n i k a s i   B W P   1 1 / 1 2   M R S M   B e s u t 


dua orang jejaka ni adalah pasangan kembar dan dua-dua BWP,
ammar: exco pengakutan&keselamatan
amri: exco sukan & rekreasi
dalam program ini, saudara amri yang mengetuai dan selaku penyelaras utama program

cikgu azerul,
selaku guru pengiring kami.


location: depan pintu utama MRSM Besut.
menunggu masa untuk mula jalan kaki....hehe

dalam perjalan.....

dalam perjalanan

reaksi para pelajar.
gembira sgt3 la ni....haha

ni cikgu shahril,
juga selaku guru pengiring kami...

Tuan presiden kami, si baju biru( haire yusri)

sampai sahaja di pantai....
para pelajar diarahkan untuk ambil wudhuk, dan sama2 dirikan solat sunat dhuha.
:)

saudara asyraf alias(selaku helpers utama para BWP)
&
cikgu Ghazali, yang bnyak mmbntu kami(BWP)
terima kasih cikgu.

salah satu aktiviti dalam program ni.
sepakan penalti....

para pelajar disediakan minum pagi...
(harap2 pelajar trhibur)


cikgu hadi juga tidak lupa untuk turut serta dalam aktiviti ni....

setelah selesai smuanya...pelajar kembali ke maktab.
|| sepatutnya, bas ad disediakan...tetapi ad brlaku sedikit salah faham....walau apa pon yang berlaku kita kena ingat setiap manusia di muka bumi Allah ini dikurniakan masing2 kelemahan & kelebihan ||

kesimpulannya aktiviti pada hari tersebur berjalan lancar...cuma ad beberapa kekurangan. insyaAllah akan dibaiki kelemahan tersebut...untu aktiviti selanjutnya...

HATI YANG BERSIH

Hati yang bersih adalah hati yang akan membawa kebahagiaan, kesuksesan, kemenangan, kedamaian, dunia akhirat. Sungguh sukses beruntunglah hamba Allah yang suci hatinya. Hati yang suci akan mudah mengakses, menerima, hidayah - petunjuk Allah, rahmat - kasih sayang Allah, maghfirah - ampunan Allah, inayah - pertolongan Allah, dan berkah demi berkah.

Yang kedua, hati yang bersih, do’a pun menjadi mustijabah. Karena tidak ada hijab, tidak ada yang menghalangi dia dekat dengan Allah, karena bersih hatinya, bening.

Kemudian yang ketiga, hati yang bersih, subhanallah, kalau ia bicara, bicaranya pun menjadi hikmah. Qoulan tsakila, kata-kata yang berbobot.. Dan kalau hamba Allah yang hatinya bersih itu bicara, orang akan mendengar, orang akan menyimak, dan mudah mendapatkan hikmah, al ilmu dari mereka yang hatinya bersih.

Hati yang bersih, subhanallah, bersemainya sifat-sifat yang mulia. Ikhlash, sabar, syukur, qona’ah, tawadhu, tawakal, dan sebagainya, subur sekali sifat-sifat mulia tumbuh bersemai di hatinya. Kemudian hati yang bersih mudah meraih kekhusyu’an, mudah menerima ilham, intuisi-intuisi kebaikan dan perbaikan.

Hati yang bersih, subhanallah, akan mendapat kedudukan yang mulia,maqoomammahmuudah. Hati yang bersih, subhanallah, pusat perhatian para malaikat. Seperti bintang di tengah malam, menyala-nyala, mengundang perhatian para malaikat. Sehingga malaikat mendekatinya dan terus memujinya dan mendoakannya, agar ia terus dalam kebersihan, dalam kesucian di hadapan Allah.

Kemudian hati yang bersih, subhanallah, akan membuat hati itu bercahaya. Hati yang bercahaya akan menerangi pikirannya, bicaranya, penglihatannya, pendengarannya, tubuhnya bercahaya. Hai akhlak yang mulia. Kemudian ia bercahaya, maka siapapun yang mendekati dirinya akan merasakan berkah dari cahaya yang ada pada dirinya. Jangankan dia, orang mendekat dia pun akan merasakan keberkahan-Nya. Kalau suami hatinya bersih, istrinya pun mendapatkan keberkahan. Kalau istri hatinya bersih insya Allah suami pun mendapat keberkahan dari Allah. Kalau orang tua bersih hatinya insya Allah anak-anaknya pun mendapat keberkahan dari Allah. Kalau pemimpin hatinya bersih insya Allah rakyat pun mendapatkan keberkahan dari kebersihan hatinya.

Hati yang bersih, firasatnya sangat tajam. Hati yang bersih, syaithon tidak dapat menguasainya, silau mata syaithon melihat hati hamba Allah yang bersih, karena memancar cahaya.

Karena itu kita mohon kepada Allah agar hati kita dibersihkan oleh Allah SWT, diampuni dosa-dosa yang mengotori hati kita, diperbaiki akhlaq buruk yang menjadi hijab di hati kita. Sehingga dengan hati yang bersih kita mendapatkan keberkahan demi keberkahan.

Friday 20 January 2012

SekaDar RenuNgan BerSaMa

cinta....apa itu cinta???....ada apa dengan cinta???...jom layan......



Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
 drpd: Abg Long Surau...<3

Saturday 10 December 2011

Awek Zaman Sekarang,,,

Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat ‘awek’. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, ‘confirm’ dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat ‘awek muslimah’. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang ealit alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah ‘confirm’ dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ eality tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita ‘alim’?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta ‘cintun’ menganggap bahawa ‘couple’ itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

by: Abang Long Surau,,,<3

Friday 9 December 2011

kau,,,aku,,,pemimpin

Setiap dari kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga, jiran, memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawab tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul.
Berikut beberapa ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai perkongsian.
01.Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.
Terapkan cinta, minat dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli. Berikut Rukun 3T dan Prinsip 3K yang boleh diamalkan.
Rukun Usrah 3T : Ta'aruf, Tafahum dan Takaful
a. Ta'aruf- Saling kenal mengenal.
Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi.
b. Tafahum- Saling memahami satu sama lain.
Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli.
c. Takaful- Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah.
Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan.
Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan
a.  Kebersamaan
Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. "Kau + Aku = Kita"
"Kita hendaklah bersama..", "Program kita menghadapi masalah...".. "Syarikat kita perlu mencapai.."
b.  Kesefahaman
Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan.
c.  Kebanggaan
"Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini".
"Aku bangga Kelantan menang piala Malaysia. Aku bangga jadi anak Kelate"
Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.
02.Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan.
Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa.
03.Sikap yang positif dan sokongan moral yang berterusan.
Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya.
04.Nilai-nilai yang baik diterapkan dalam kepimpinan.
Wujudkan nilai bersama yang menjadi pegangan dan amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya ESQ melandaskan 7 nilai utama : Jujur, Tanggungjawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin.
05.Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur.
Pemimpin sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri.
06.Kepimpinan melalui teladan.
Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan.
07.Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal.
08.Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka.
Sekian, semoga bermanfaat.
Wasalam.
"Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others."- Danny and Marie Lena
"You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you."
"Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking, and don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it." ~ Steve Jobs